Friday 10 July 2015

smartphone menjadi trend-kegilaan ramai ?

smartphone menjadi trend-kegilaan ramai ?



Telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone mempunyai sistem yang tersendiri (OS) berfungsi sebagai pemain media, pembantu peribadi , navigasi dan berfungsi sebagai medium jalur lebar .
Kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia , sekarang berlumba-lumba menawarkan pelan-pelan internet yang berpatutan dengan pautan internet terpantas 3G dan 4G
Namun ada juga yang memiliki telefon pintar yang canggih hanya sekadar trends semasa dan tidak mengoptimumkan pengunaannya (amat merugikan)
Tarikan
Terdapat banyak alasan untuk memiliki telefon pintar antaranya ialah.

1)Capaian Internet
Internet semakin penting didalam kehidupan harian.Kini pengguna boleh mengakses internet hanya menggunakan telefon pintar dimana anda berada.(didalam kawasan rangkaian internet)

2) Aplikasi mobil
Pelbagai aplikasi boleh dipasang didalam telefon pintar .Aplikasi-aplikasi ini sedikit sebanyak dapat memudahkan kehidupan seharian dan terdiri daripada pelbagai kategori .
Anda boleh rujuk aplikasi menarik didalam posting saya sebelum ini.


3)Navigasi/GPS
GPS atau dikenali sebagai Global positioning system
Adalah diantara kemudahan yang menarik ada pada telefon pintar .Ketepatan koordinat navigasi sangat mengagumkan . Waze dan Papago adalah apps yang sering digunakan .

4)Pemain video
Siaran berita ,video ,rancangan tv boleh ditonton secara atas talian atau disimpan didalam memori telefon.



5)Pemain muzik
Anda boleh mendengar muzik kegemaran anda dimana anda berada.



6)Games/permainan video
Semakin banyak telefon pintar yang mempunyai kuasa pemprosesan yang tinggi dan grafik yang mengagumkan .High definition Graphic



7)Akaun Email/media social
Melalui telefon pintar anda boleh berhubung serta berkongsi gambar , data ,kerja-kerja dan sebagainya hanya dihujung jari anda .

8)Kamera
Kamera menjadi sesuatu yang sangat penting untuk memahat memori indah bersama rakan-rakan dan keluarga.Foto-foto yang terhasil melalui telefon pintar sangat berkualiti dan boleh diedit atau dijadikan video.

Sebagai pengguna bijak ...kita haruslah pandai memilih mengikut keperluan ataupun minat ..
sesetengah telefon pintar menawarkan spesifikasi yang berlainan .

No comments :

Post a Comment